Kepada saudara-saudari yang baek,
Mari merayakan kemudaan selagi maseh muda
Mari raikan dunia kerana dunia ini adalah milek anak-anak muda
Setiap gerakan di dalam dunia ini tanpa anak muda adalah gerakan yang gagal.
4 Jun 2009 - KeRAMAIan akan menganjurkan satu acara dimana kawan kita saudara Hadi akan mengadakan persembahan muzik secara 'live' khas untuk kita - anak-anak muda.
Jangan ketinggalan. Kalau tak ada berhala bergerak sila tumpang kawan-kawan yang ada berhala bergerak. Tong-tong duit minyak. Kalau tak ada juga sila naek motor jadi macam mat rempit cilok kiri dan kanan. Tak ada juga sila naek bas Park May. Tak ada juga sila jalan kaki atau tumpang teksi.
Yang ada awek cun sila bawak sekali. Ada bini sila kepong sekali. Tapi kalau ada balak tolonglah jangan buat semak. Tinggalkan balak untuk 4 jam.
Tak perlu berbaju batek. Tak perlu bertali leher. Sila pakai pakaian yang paling rock.
Saudara Hadi akan menyanyikan salah satu lagunya adalah lagu sedih. Khas buat yang kecewa kerana chenta. Khas untuk yang sedang berputus asa dan khas untuk yang 'give up'.
KahKahKah
Jumpa disana
Sila Jangan Buat Leceh.
Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baek.
3 ulasan:
kahkahkah...
ini betul2 kewl...
lirik kamu,akan hadi cipta lagunya.
lagu aku...ada lirik sendiri.
nak main di croc rock...mungkin tidak. kahkahkah!
Cerialah!
p/s: kehadiranku blom pasti.
Hadi?siapakah???
baguslah begitu.cumanya.kenapakah untuk muda-mudi sahaja?kah kah kah juga.apa orang tua lanjut usia tidak tahu bergumbira kah?
Catat Ulasan