Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Mei 30, 2009

Tembok Majis




Aku telah hidop hampir selama 26 tahun. Rumah penginapan aku di Kuantan pula telah aku jajahi selama 11 tahun. Rumah ini rumah teres. Rumah ini tidak besar. Rumah ini cuma ada 3 bilik. Cukup selesa bagi aku. Selama 10 tahun ini aku telah hidup dengan aman. Sungguh syok!

Namun sementelah aku pulang dari perantauan, terdapat mat-mat indon mula menjajah. Tutur kata bak Radja, atau persis Peter Pan. Namun mereka tidak pula pernah membuat konsert di sekitar rumahku. Badan berketul-ketul tidak seperti aku. Aku juga ada ketul tapi satu. KahKahKah!

Aku menghormati kepada mat-mat indon ini kerana mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki. Satu pengorbanan besar. Biarpun mereka pernah mencuri buah jambu madu rumah aku. Cis! Tidak mengapa. Aku halalkan. Sebab aku pon tak termakan buah itu. Oh Indon, kamu bernasib baik!

Kemasukan mat-mat indon secara borong dan pukal ini terjadi kerana terdapat satu projek perumahan di sekitar rumah aku. Ini bukan 'Satu Lagi Projek Baresan Nasiyonal'. Ini juga bukan projek entot-entot lari. Ini projek bagi orang-orang yang ingin membeli rumah atau ingin menjadi penduduk Kuantan. Aku tak amik pot. Biarkan mereka. Tolak tepi. Bukan itu fokus utama aku kali ini.

Sepurnama kemudian, aku terlihat satu pembinaan majis. Sungguh misteri. Apa keperluan pembinaan ini? Aku menjadi bingung. Ini bukan tembok Berlin yang gah di Jerman. Ini juga bukan Tembok Besar China yang berabad lama usianya. Ini tembok sungguh tidak kool dan groovy. Tidak kena dengan jiwa muda aku.

Melihat ketidakseimbangan ekologi di kawasan perumahan aku ini, aku mula bertemu-bual dan beramah-mesra dengan kejiranan aku. Apakah punca terbinanya tembok ini. Mengikut cakap-cakap orang, kejiranan telah mengadu bahawa terdapat binatang-binatang liar keluar dari tempat pembinaan itu memasuki rumah mereka. Di samping itu, kejiranan juga mengadu damba bahawa tahap kebisingan dan pendebu tuju-tuju, menyesakkanku, walau malammu berkelip neon yang indah...oh, maaf. Itu lagu sampingan. Klip musik dari def-gab-c, Ibu Kota Cinta. Dapatkan yang original.

Dengan itu, pihak kontrektor dan pihak bertanggungjawab telah membina tembok ini. Namun aku tidak berpuas hati. Untuk keperluan tembok ini, anda tidak perlu belajar jurusan kejuruteraan awam. Anda tidak perlu belajar di UiTM di hatiku. Anda tidak perlu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris pon. Budak-budak tadika juga tahu ini tindakan yang ngok. Sungguh leceh!

Tumbangnya satu blok tembok ini menambahkan ketidakpuasan hati aku. Bagi aku, tembok itu perlu. Tapi biarlah sopan dan berguna. Sila rujuk gambar. Apa pendapat anda? Tidakkah ia selekeh dan tidak berkeperimanusiaan? Ini betul-betul leceh.

Cerialah!

4 ulasan:

John Leh berkata...

Kesah Tembok

Pada 13 Ogos 1961 telah dibina sabuah tembok di Berlin - Kemudian pada 9 November 1989 ianya telah diruntohkan. Ramai anak muda yang terlibat dalam 'revolusi' tersebut.

Selepas 28 tahun - barulah tembok ini dirobohkan.

Sila tunggu 28 tahun lagi untok tembok (hoarding) itu diruntohkan.

Kahkahkah

Terima Kaseh

Dari Jalan Kopi berkata...

kumpul anak muda. kita robohkan tembok ini.

ingat ini tebing barat? ingat ini semenangjong gaza?

sama sama kaseh

Amie berkata...

Ini betul leceh punya hal..
Kene panggil Garam Singh Halia ni...
Dah ade kes mcm ni dia laporkan.. Dia pun ada kabo kes mcm ni bak kata peribahasa, "Seperti kera menegur taiknya"... Hehehe...

L.H.R berkata...

haha. kawan la dengan dorang. untung2 dorang bawakkan autogerap peterpan, dian, mulan jamilah.

p/s: kalau dapat, jangan lupe potosetat. aku pun nak satu!

Iklan Tampal

Powered By Blogger