Heboh. Ini bukan cerita Ronaldo yang mempunyai name timangan Ron. Ini bukan cerita hantu.
Ini Ron mempunyai nombor. Jangan suka-suka tikam ini nombor. Pasti takkan jumpa di kedai Sukan Totot. Kalau Ronaldo pakai nombor 7 di MU, Ron ini ada macam-macam nombor.
Paling kini, RON 95 diperkenalkan. Hajat nak ganti RON97. Apa tujuannya? Untuk mengaut keuntungan yang lebih. Keuntungan siapa? Sendiri fikirlah, brader. Kata Pak Menteri, Pakcik bawak motor kapcai C70 akan tersenyum gembira. Jimat katanya. Tauke stesen minyak pula akan tersenyum manje. Wang datang sentiasa. Tolak tepi.
Apa kejadah RON ini? RON bermaksud Research Octane Number. Kandungan octane di dalam petrol. Jika anda dari jurusan sains dan belajar matapelajaran kimia, pasti anda berjumpa dengan makhluk octane ini. Jangan khuatir, ia bukan alien. Tapi octane telah lama menakluk bumi. kahkahkah!
Nombor Octane yang tinggi akan melambatkan penjanaan letusan. Ini bermakna akan selamat enjin anda kerana kurangnya 'knocking'. Di fahami juga, Nombor octane yang tinggi bermakna letusan lebih sekata. Bukan saya kata. Se yang kata. Itu kajian mereka. Kata mereka, tidak banyak beza. Hakikatnya, ia bergantung pada jangka masa panjang penggunaan petrol ini.
Saudara bolih berfikir apa yang terbaik untuk enjin kesayangan anda. Kenaikan harga untuk RON 97 kepada RM2/liter pada September ini sangat saya tak setuju. Ia satu taktik bodoh yang cuba dikaburi dengan memperkenalkan RON95 yang murah hanya 5 sen dari harga RON97 sekarang. RON 97 sekarang adalah RM1.80/liter. Persoalannya, mengapa tidak dikekalkan sahaja harga asal RON97 dan memperkenalkan RON95 pada harga lebih murah. Saya cadangkan RM1.60/liter iaitu harga yang lebih munasabah.
Apa bezanya petrol di Petronas, Shell, BHP, Caltex dan lain-lain? Jawapannya 'additive'. Setiap syarikat minyak akan menambahkan sejenis bahan 'additive' bagi meningkatkan keupayaan bahan bakar ini. Sila jangan keliru antara additive dan addicitive. Additive adalah bahan penambah rasa. Addictive adalah bahan setiap masa. Kahkahkah!
Oleh itu, rajin-rajinkan diri anda mencari perbezaan dan manfaat jenis-jenis petrol ini. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian juga ada pendapatan. Tapi terlewat sudah.
Cerialah!
3 ulasan:
woit!!
kau rasa suze kenal tak dengan octane?
kahkahkah!
suze ambil kimia.
kahkahkah.
aku ingat nak kembali naek basikal, berjalan kaki atau menaiki sampanlah.
sekurang-kurangnya ini akan menjimatkan bahan bakar.
kahkahkah!!!!
jika anda mahu jimatkan bahan bakar...silalah rajin-rajinkan diri membakar garesan! kahkahkah!
Cik Suze sgt kenal octane, sudah lama bersahabat. Kamcing bagai belangkas yang tangkas. kahkahkah!
Ah...jalan kaki saja. Berpeluh masam bagus untuk kesehatan!
Cerialah!
Woit.
Ni semua buat leceh. Tak kesah lah RON nak pakai nombor apa pun, akhirnya sumber tenaga yang dipanggil minyak ini akan habis. Khalas.
Maka kita semua akan dipaksa kembali mendayong, mengayoh dan berjalan. Pada waktu itu hanya ada satu sahaja minyak - muka berminyak.
Kampeni-kampeni pengeluar set pencuci muka akan lahir melambak-lambak di pasaran. Mungkin ada yang akan fikir apa yang saya kata ini adalah bodoh dan tak masok akal.
Tapi hakikatnya - ia bolih terjadi.
Terima Kaseh
Catat Ulasan