Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Mei 05, 2009

Berita TerKini - Pasangan Bakal Mengawan Lagi

Saudara-Saudari Yang Baik,

Malam ini ada berita baru yang telah diterima. Berita ini telah sampai dari sabuah Kafe Siber di Ipoh.

Berita ini kelihatan saheh dan lebih saheh dari berita-berita yang telah ditulis olih Johan Jaafar mahupun Johan Farid Khairuddin (JFK). Berita ini juga kelihatan betul dan wajib dilihat bermanfaat dari berita-berita dari Akhbar Bacaria.

Bagini Beritanya - pehak keluarga Doktor Hadi telah menjemput keRAMAIan ke rumahnya :

alamat : No 15 Lorong bukit Ubi 12 Bukit Ubi Kuantan - Belakang Hotel
Luxury berdekatan dengan Stadium darul Makmur
Tarikh : 6 Jun 2009

Encik Razak dan Puan Maimon akan menikahkan anak mereka iaitu Boi Saidi dengan bakal menantunya Raja Nur Ain (tiada kena mengena dengan Cinta Untuk Ain)

Sila jangan buat-buat lupa. Ini hari penting pasangan yang sehati sejiwa menghalalkan sabuah perhubungan. Ini hari sejarah mereka berdua. sebagai anak semua bangsa mari kita sama-sama raikan hari mengawan ini.

Kalau ada awek sila bawak awek. Kalau ade anak bini sila usung anak bini. Kalau anak maseh dalam kandongan sila seret kandongan.

Kepada yang ade balak mintak tolong jangan lah potong line. Tinggalkan balak untuk setengah hari. Kalau yang maseh bujang sila datang bolih 'usha' line.

tema - tidak perlu gerek berkot bertali leher. Tak perlu berkasut kulit. Jangan poyo berbaju batek. Seluar jeans koyak dialu-alukan bersama baju melayu butang sampai atas. songkok tinggi. Yang perempuan pakai seksi lagi syok tapi dosa lu tanggung sendiri lah Brader!!

Kahkahkah!!!

Sekian Jumpa Disana
Cheers
Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baek
Nora Zen

3 ulasan:

Hanggokan berkata...

perkara yg baek harus diraikan.
mari meraikannya!
masa utk berhu-ha!
kahkahkah...!!

~lupakan..
kisah yg lalu...
(lagu doa buat kekasih)

ini bukan lagu utk pengantin, tp pengapit pengantin di cenderawasih minggu lepas.

Tanpa Nama berkata...

betul-betul bakar garesan statement itu.

-pakcik pemanjat pokok petai di sijangkang

fadzil hafiz berkata...

biar mengawan. biar menawan. biar hati tertawan. asalkan halal. asalkan mendapat restu. asalkan yang baik.

buat saudara did. aku tak pernah salahkan cikgu matematik. aku tak pernah salahkan ibu mengandung. cuma aku salahkan penyokong si setan merah saja. serius benar.

Iklan Tampal

Powered By Blogger