Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Disember 27, 2009

Diskusi Anak Muda





Ini gaya hidop yang kool.
Makan di Mek Di bukan perkara kool.
Berdiskusi sesuatu yang intelek itu kool.
Ada idea, teros atas-tarikh dalam net. Memang kool!
Apakah idea itu?

...

Itu maseh misteri.
Kahkahkah!
Cerialah!

Hari Jumaat Hari Cuti.

Bulan ini pada hari Jumaat setiap minggu adalah cuti.
Agak 'rare'.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan:

1- Selamat Menyambut Awal Muharam
2- Selamat Menyambut Hari Natal.
3- Selamat Menyambut Tahun Baru.

Tahun Baru?! Alamak...usia kita dah bertambah!
KAHKAHKAH!!!

Apa ada pada usia. Cerialah!

Rabu, Disember 16, 2009

Cuti

Jumaat ini cuti.
Sabtu ini cuti.
Ahad pastinya cuti.

Engkau orang berada di mana?
Ada projekkah?
Sila bagi cadangan.

Jangan malu-malu.
Jangan segan silu.
Kami sedia membantu.

Cerialah~!

Ahad, Disember 06, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU: ASRAF(YAH) DAN NAZRAH

Inilah Raja Sehari dan Memanda Menterinya (belakang)

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua.Semoga murah rezeki dan kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada rakan-rakan yang telah hadir ke majlis pernikahan dan majlis disebelah pengantin perempuan pada 22 November 2009 di Telok Panglima Garang diucapkan terima kasih kerana hadir dan membawa hadiah (kalau bawaklah,heheh...) .Aku sendiri tidak dapat hadir ke majlis sebelah sana dan insyaAllah akan hadir di sebelah menyambut menantu di Kuantan kelak.

Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir sebelum ini,boleh mengqada' kan diri dengan hadir ke rumah Asraf aka Yah di Beserah pada 2 januari 2010 Sabtu beralamat Teratak Desa,No. 1/1475,Kampung Masjid 26100 Beserah,Kuantan,Pahang D.M. kita meriahkan pula disebelah Kuantan dengan paluan kompang..Potong...potong...potong...heheheh...

Sekian
Wassalam

Khamis, Disember 03, 2009

Kau dulu dan kau kini!

Kau dulu.
Bertuboh kechil.
Namun punya jiwa besar.
Ligat membola.
Sehebat Azhar.
Pemburu cinta.
Yang tidak kenal usia.
Bijak berbicara.
Bikin teman ketawa.
Jaoh mengembara.
Dan pernah hilang seketika.

Kau kini.
Sudah besar.
Juga panjang.
Sebesar dan panjangnya jiwa kau.
Maseh membola.
Kerana dihati punya idola.
Tapi kini kau banyak memekik.
Kerana kau pengatur tektik.
Karier pemburu cinta tak pernah mati.
Kerana yang dinanti maseh tercari-cari.
Bernyanyi dan berdangdut menjadi hobi.
Bagi mengisi hati yang sunyi.

Dan kau kini.
Farid Abdillah Bin Abu Talib.
Kau anak muda.
Kau yang semakin tua.
Selamat Hari Laher.
Cerialah!

Halamak. Kita sebayalah! Kahkahkah!!!

Sabtu, November 07, 2009

Warta Keramaian

Sabtu, 7 November - "Keramaian telah pon mencapai usia yang matang dan warisan baru haros dibentok". Begitulah intipati ucapan ketua kepala keramaian, Encik Did Hanggokan dalam satu majlis peleseran solo di hadapan televisyen rumahnya pada malam semalam - sambil menepok-nepok nyamuk yang riang berterbangan. Majlis yang dihadiri lebih dari seekor nyamuk ini telah mendapat sambutan hangat dari para pengundi sms dalam talian telefon bimbitnya semalam.

Menurut beliau lagi, hasil usaha keras dan berterusan ahli-ahli keramaian adalah faktor kenapa keramaian maseh bertahan dan relevan pada alaf baru ini. Malah, hasil usaha keras dan tidak jemu-jemu ahlinya ini dalam menghasilkan legasi baru dalam era keramaian moden amat dialu-alukan. Kelahiran waris-waris yang comel ini bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Waris Keramaian yang baru ini dapat merealisasikan harapan ahli-ahli veteran sebelom ini.

Dalam ucapannya lagi, adalah satu kemestian bagi Keramaian meraikan kejayaan melahirkan warisannya dengan satu acara peleseran di kedai-kedai kopi. Acara ini bagi membentok satu draf perancangan ahli Keramaian yang bolih meneruskan kegemilangan Keramaian ini. Konsep Minum, Borak dan Gelak yang diterap selama ini tampak menghasilkan kejayaan bagi ahli-ahlinya.

Biarpon Ahli Keramaian asalnya adalah untok bekas-bekas pelajar SABS namon konsep keterbukaan ahli dan mesra pelanggannya membuatkan individu-individu luar yang rapat dengan Keramaian berminat menjadi ahli. Dengan itu, beliau telah bersetuju untok mengubah dasar dalam Keramaian untok membenarkan ahli-ahli baru bukan dari SABS untok turut sama memeriahkan Keramaian. Mereka hanya perlu memenuhi syarat yang mudah iyaitu turut serta dalam acara peleseran sambil borak dan gelak-gelak. Aktiviti ini penting bagi membentok jiwa anak-anak muda.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kaseh kepada ahli-ahlinya yang berusaha keras dalam melahirkan generasi kedua Keramaian biarpon beliau sendiri maseh belom memulakan sebarang tindakan untok waris seterusnya.

Dalam penutup ucapannya, beliau sekali lagi menegaskan adalah penting bagi Keramaian meneruskan tradisi peleseran ini biarpon sudah beranak cucu kelak. "Dan tolong jangan lupa datang ke majelis perkahwinan orang kuat Keramaian, Yah 22hb November ini kerana aku akan jadi pengapit yang comel nanti." katanya yang terakhir sebelom terlelap dihadapan TV sambil tangan berpegang erat pada telefon bimbitnya.


Pesanan Ringkas: Jika anda tidak kenal warisan ini, wajib sertai aktiviti peleseran kelak.

Ahad, November 01, 2009

Ahli Fikir Negara

Dulu...


Kini...


Selamanya...



Sabtu, Oktober 31, 2009

Ucapan Selamat Dari Keramaian

Kepada saudara-saudara keramaian yang mengambil peperiksaan.
Selamat menjawab peperiksaan.
Coba yang terbaek.

Kepada bakal dokter,
kepada bakal jurutera,
kepada bakal guru,
Juga kepada bakal-bakal pemburoh.


Usah gentar, usah risau, usah bimbang.
Kami di Keramaian sentiasa mendoakan untok saudara semua.
Semoga keputusannya berseri-seri selalu.

Cerialah!

Sabtu, Oktober 24, 2009

Malam berharga

Malam semalam satu malam yang berharga.

Awek cun bergetah ada. Mamat disko berbaju lip lap ada. Ayam bertumit tinggi ada. Orang tua berperot besar ada. Budak perempuan comel menari Thai ada. Aku ada. Kau semua juga ada.

Bergelak ketawa bagai nak gila.
Bersilat lidah tak sedar masa.
Input masok berjela-jela.
Cuma kecewa - gambar kenang-kenangan tiada.

Satu malam di Jalan Telawi.

Satu malam yang berharga.

TQ!

Ahad, Oktober 11, 2009

Tangisan Dalam Syurga


Adakah kau tahu namaku,
Jika ku lehat kau di syurga.
Apakah ia akan sama,
Jika ku lehat kau di syurga.

Aku harus kuat,
Dan teruskan juga.
Kerna ku tahu,
Ku tak layak berada di syurga ini.

Adakah kau akan genggam tanganku,
Jika ku temui kau di syurga.
Bolihkah kau bangkitkan aku,
Jika ku temui kau di syurga.

Aku akan cari jalanku sendiri,
Siang dan malam silih berganti.
Kerna ku tahu aku tak bolih terus berada,
Di syurga ini.

Masa bolih menjatuhkan kita,
Masa bolih buat kita melutot,
Masa bolih hancorkan hati kita,
Perlukah kau merayu...dan terus merayu?

Di sebalik pintu itu,
Ku pasti ada kedamaian,
Dan aku tahu pasti tiada lagi,
Tangisan dalam syurga.

Pesanan: tolong jangan sedih...sob! sob!

Sabtu, Oktober 10, 2009

Notis: Tangguh dulu

Aiseh kawan-kawan!
Projek beraya di Kay-El kita tanggoh dululah. Ada sahabat nak mengawan, banyak pulak jempotan. Tak pergi nanti, kecil hati. Tapi pergi nanti, makin kecil duit poket ni.

Jangan khuatir. Ada masa, kita bermesra.

Tahniah buat kawan-kawan yang berjaya dalam satu lagi proses kitaran hidop di dunia. Semoga berjaya mewujodkan anak-anak muda pewaris negara.

nota: Kalau kawin, perlu ke salam kaut? Gout?

Khamis, Oktober 01, 2009

Aidilfitri Keramaian di KL

Raya.
Maseh raya.
Ada agenda baru.
Berjumpa dan berkumpol di Kuala Lumpor.
Warga Keramaian sila ambil perhatian.

Dalam masa terdekat ini akan ada pengumpolan manusia-manusia perantau dan pemburoh.
Biarpon tidak pulang ke kampong, maseh bolih beraya. Kita beraya sebulan.

Apabila berkumpol. Anda bolih bawa makwe. Bolih bawa pakwe. Bolih usung anak bini, janda duda.
Lebih cantek jika bawa bersama kawan kawan perempuan yang solo. Bolih berkenal-kenalan. Mana tahu sudah berkenal-kenalan, tersangkut-sangkutan. Apabila tersangkut-sangkutan, terkenan-kenan. Dah terkenan-kenan teruslah ke jinjang perkahwinan.

Jika ada mercun, bolih bawa bersama. Bakar sendiri. Sediakan juga kolam. Bakar mercun dalam kolam, lehat hasilnya. Pasti kagum. Sebarang kejadian tidah dihingini tanggung sendiri.

Bilakah kejadian akan berlaku? Hari minggu. Mungkin minggu ini. Mungkin minggu depan. Tengok kepada mood cuaca. Tunggu sahaja SMS dari kepala keramaian. Bersedia sajalah!

Kahkahkah!

Cerialah!

Jumaat, September 25, 2009

Sarapan Aidilfitri

Ini satu perkara 'rare'. Jarang dibuat. Tapi bolih dibuat. Tak salah.

Bersarapan. Dijempot khas olih sahabat Keramaian, Lydia. Ini kerana kesuntokan masa membuatkan dia gagal berada di rumah. Kegagalannya berada di rumah bermakna kami gagal kunjong beraya ke rumahnya. Maka termeterailah satu perjanjian. Janji temu. Janji temu dan temu lawak satu benda berbeza, jangan keliru. (sila tanya mat google apa temu lawak itu). Tapi janji temu ini bolih jadi lawak.

Janji temu ini bukan hanya dia dan aku. Tolong jangan buat leceh. Ramai yang terlibat. Prit, Yah dan ramai lagi. Tujuan kami tulus suci murni - Mahu beraya dengannya sebelom keberangkatan rakan-rakan memburoh di tempat orang. Pertemuan yang berlaku di kedai kopi ini hanya di musim raya. Maka sarapan ini dinamakan sarapan aidilfitri.

Rakan-rakan yang tidak berkesempatan bolih melakukan perkara ini. Tapi sila belanja sarapan kami. Kahkahkah!

Maaf zaher baten.

Cerialah!

Sabtu, September 19, 2009

Salam Aidilfitri!

Kita sudah berjuang selama sebulan. Menahan lapar dan dahaga. Dari gemok jadi kurus. Ada kurus jadi gemok. Aku? Usah ditanya, datang beraya dan lihat saja rupaku sekarang. Hakikatnya, semuanya telah berjuang. Tahniah! Esok kita akan raikan kemenangan kita.

Kepada warga keramaian, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Dan seperti tahun-tahun sudah, aku juga ingin memohon ampon dan maaf sekiranya ada salah dan silap. Harap-harap tak berulanglah kesilapan itu.

Jangan lupa jempot datang ke rumah. Rumah aku sentiasa terbuka. Tapi kalau datang ke rumah di Kuantan, semuanya lauk bujang-bujang sahaja. Harap maklom! Jika ingin meriah, sila berkunjung di rumah Terengganu. Bolih makan apa saja yang kamu nak telan. Tapi harus di ingat, duit raya jangan pinta pada aku. Kamu semua sudah besarlah!

Juga jangan lupa untuk sama-sama kita raikan hari kemenangan ini bersama-sama dengan menggempor rumah rakan-rakan di seluroh pelusok Kuantan mulai hari raya ke-3. Yang berada di kampong tidak kira di Kampong marhum ataupon Jengka 21, sila balek merayakan hari yang mulia ini! Yang berminat, sila kol aku. Es-em-es tidak digalakkan. Kredit dah senok lah. Kahkahkah!

Yang hidop kita kunjong-mengunjong, yang sudah tiada kita ingat-mengingati. Sila ke kubur sahabat kita yang sudah arwah untuk kita sedekahkan doa dan alfatihah. Semoga ikatan persahabatan sentiasa terjalin biarpon berlainan alam.

Esok raya oit! Jika ada mercun...sila bakar. Tak perlu tunggu kiraturun. Jari putus, sendiri tanggung.

Cerialah!

p/s: Aidil Fitri dan Ahmad Fitri (toyi) adalah dua benda berbeza. TQ!

Khamis, September 17, 2009

Berita Penting - Kesah Saorang Sahabat


Kepada saudara-saudari pembaca yang baek,

Bekas penjaga gol terbaik asia Khairul Azman Mohamad sedang berada dalam kesusahan. Dia mengalami kesakitan di lutot akibat dari kecederaan lama ketika karier sebagai pemain bola sepak.

Menurut satu sumber - Khairul perlu menjalani pembedahan untok memasokkan besi kedua-dua belah lutotnya

Harga pembedahan bagi kedua-dua lutot ini adalah semahal RM 16,000. Dipercayai besi ini akan dapat bertahan selama tujoh hingga lapan tahon.

Untok pengetahuan orang ramai - Khairul sudah pencen dari bermain bola sepak dan sekarang tidak melakukan sebarang pekerjaan.

Untok Rekod :

Antarabangsa

Kelab

Bersama Sabah

Bersama Pahang

Individu

Untok derma - 564847005696 (maybank) atas nama yayasan kebajikan atlet kebangsaan
atau sms menaip YAKEB1 (RM1) YAKEB2 (RM2) YAKEB3 (RM3) YAKEB5 (RM5) YAKEB10 (RM10)

Bantulah kepada yang memerlukan
Bantu ketika kita senang
Bantu ketika kita maseh diberi kesempatan untok membantu

Terima Kaseh.

Rabu, September 16, 2009

Selamat Hari Malaysia!

Aku dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!
Anda tidak tahu apa itu hari malaysia?
Sila tanye Wak Google dan Pak Yahoo.

Apa khabar agaknya Suze yang setia?
Apa khabar agaknya Emma yang cun?
Apa khabar agaknya Aida si kakak iparku?
Mereka dari seberang sana.
Mereka sebahagian dari Malaysia.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik,
Marilah meraikan hari Malaysia.
Tolong jangan buat-buat lupa.
Anda maseh ada ketika itu - belom nyanyok, maseh cool.
Kami anak muda yang masih belom laher juga tahu.

Kepada dugong hitamku...
kau jgn ngada-ngada nak sambut hari malaysia.
Kau warga Jepon kelahiran siam.
Kau duduk diam-diam.

1 Malaysia!...
*chewwww...wosh...wosh! (nih soun efek cam dlm tv tuh!)
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Kahkahkah!!!

Isnin, September 14, 2009

Selamat Hari Raya


Kirimkan Ucapan Selamat Hari Raya Keramaian Disini
Bolih mintak maaf
Bolih mintak duit
Bolih menangis
Bolih meraung
Buatlah apa saja asalkan yang baek

Jangan lupa semasa raya akan diadakan perjumpaan keramaian
Macam biasa Mister Trafik Light akan mengeLOLAkan (bukan lola drummer XPDC) perjumpaan ini. Dia boss. Dia chief!!

Selamat hari raya maaf zahir batin
kahkahkah!! kahkahkah!! kahkahkah!!

Sila perhatikan kemana QASSrina menghilang!! Sila jejaki kemana RAISAdora menghilang!! Sila cari kemana HEROL Padeli menghilang!! Sila usha kemana Zaki menghilang!!

Tak jumpa makhlok- makhlok ni masa raya sila repot polis!!
kahkahkah. Jangan buat leceh.

Kak Pah apa cerit? Dah sampai tanah ayer atau raya penoh ayer mata di rantauan?
KahKahKah!!

Jumpa di hari raya!!!!..... Main mercon hati-hati..... Tunggang motor dengan selamat... pandu kereta dengan cermat... yang dah kahwin bertinju dengan baek!! KahKahKah!!!

Bosan lah!

Tanak bosan?
Klik sini...

Jom Maen Mercun!

Cerialah!

Sabtu, September 12, 2009

Spesis hampir pupus ditemui!

Sa-puloh tahon.
Bukan sedikit tempoh lamanya.
Lama, sangat lama.
Gades dara sudah bolih jadi bonda.
Sang teruna tiada beza.
Ada bini bolih tambah jadi dua.

Sa-puloh tahon.
Spesis ini menghilang.
Spesis yang tidak bertulang belakang.
Spesis kaki letak di bawah laci meja bolih bersilang.
Spesis join pogo-pogo tanpa diundang.

Sa-puloh tahon.
Keramaian menjejak kasih.
Menyepi dan menyisih.
Muncol kembali secara terkejut.
Bikin keramaian kembali ribut!

Tanya Lebai Google dan Mat Yahoo.
Spesis ini rupanya mereka tahu.
Sheikh Hanafi.
Selamat berjumpa kembali!

Misi Accomplish!
Satu lagi projek keramaian.

Khamis, September 10, 2009

Hot Chicks

Panas.
Betol-betol bikin hati gua panas.
Berani betol lah mereka.
Bersepah bertebaran di jalanan.

Yang putih gebu ada.
Yang montok ada.
Yang hitam manis ada.
Malah sanggup bermadu pon ada!

Pandang kanan...chicks!
Pandang kiri...chicks!
Depan belakang...chicks!
Panas! Panas! Panas!

Berbogel bertogel tanpa rasa malu.
Ada duit, semua mahu!
Bikin iman luluh.
Bikin dahi berpeluh.

Chicks di bazar ramadan...
ayam stim, ayam madu, ayam berempah.
mana satu pilihan hati?
Pilih! pilih! pilih!

Ahad, September 06, 2009

Old Skewl Fashion





KahKahKah!
Tiba-tiba terjumpa gambar nih. Sila kaji fesyen kami masa itu.
P/S: Muka watak utama di censored supaya kekacakan beliau tidak mempengaruhi penilaian justifikasi fesyen anda. Harap maklum!


Get your own Poll!

Bukti Prihatin

Membeli juadah untuk berbuka puasa adalah satu aktiviti yang sangat tidak aku gemari. Kalau di kampong-kampong, pasar Ramadan adalah satu tempat yang menarik bagi aku tapi di kota konkrit ini semuanya tidak indah. Mahal. Kurang sedap. Kurang perisa. Betul-betul membantutkan selera makan.

Gades-gades kampong juga jauh lebih manes. Cuma di kota ini gades-gades ini sedikit tawar. Ketawaran gades-gades ini coba ditutupi dengan keseksian mereka. Buat hati pria bergelojak, bikin pahala ditolak. Pak Haji juga bolih sakit otak.

Namun apa yang lebih memeranjatkan aku, di pasar Ramadan ini terdapat sekumpulan kanak-kanak cacat meminta sedekah. Pada awal bulan Ramadan, golongan mereka ini tidak kelihatan tetapi tetiba sahaja mereka muncol. Membuatkan hati aku tidak enak. Bukan kerana jijik melihat mereka tetapi kerana aku yakin mereka dipergunakan.

Kata orang, bulan mulia adalah saat yang tepat untuk memperbanyak amal ibadat. Harus derma sebanyak mungkin. Tetapi biarlah ikhlas. Oleh kerana hati sudah tidak ikhlas, aku tidak dermakan sebarang wang. Aku hanya belikan kuih popia dan diberi kepada mereka. Popia itu sememangnya aku ikhlas berikan kepada mereka. Kerana popia itu aku yakin dapat melapik perut mereka yang kelaparan. Bukan melapik perut orang yang disebalik tabir yang mana aku sangat yakin perut orang disebalik tabir ini sudah pon berlapik-lapik.

Aku betol-betol prihatin. Aku bukanlah ingin mengiklankan diri seperti di dalam kotak telivisen juga ada iklan seperti ini dimana akhir iklan itu akan diberitahu bahawa, “Bukti kerajaan prihatin”. Sila tercokoh di televisyen jika ada iklan ini. Bukti Did Prihatin!
Kahkahkah!
Cerialah.

Khamis, September 03, 2009

Formal dan Tidak Formal

Kaunter. Di mana-mana badan perkhidmatan, kaunter merupakan barisan hadapan. Kaunter memberi pandangan pertama bagi mereka. Persepsi pelanggan bergantung dan bergayut kepada penjaga-penjaga kaunter itu.

Gadis cun bergetah berbedak tebal, bergincu merah dan jejaka kacak, segak berkemeja, berambut belah tepi sering menjadi hiasan di kaunter. Namun ada juga makcik-makcik menjadi penjaga kaunter. Itu kes terpencil. Budaya korporat memerlukan khidmat mereka ini. Itu tidak dapat kita nafikan. Mereka memang berguna.

Aku juga sering memerhatikan penjaga-penjaga kaunter. Tidak kira kaunter pertanyaan, kaunter tiket mahupun kaunter strike. Anda tidak tahu kaunter strike? Sila Tanya anak-anak muda yang celik IT. Atau tanya saja Lebai Google dan Mat Yahoo.

Tidak lama dahulu, aku pernah pergi ke salah sebuah Klinik Kesihatan di Negara kita ini. Hajat di hati ingin menjalani pemeriksaan kesihatan. Mereka begitu tenang dan senang sekali melayan karenah pengunjung. Gadis berseragam putih yang tidak ku tahu maseh dara atau tidak tersenyum mesra. Manis sekali. Yang jantan juga tersenyum,tetapi tidak pula aku ambil pot statusnya. Namun sifat-sifat mesra ini jauh sekali berbeza sewaktu aku kecil.

Pernah dahulu ketika berumur dalam lingkungan 7 tahun, aku telah jatuh demam bagai nak mati, sedang menunggu untuk didaftarkan. Bukan hendak mengata tetapi memang niat nak mengutuk. Penunggu kaunter itu betul-betul perlahan. Kami tercegat dihadapannya untuk dilayan. Nak dikata mempunyai masalah mental terencat, tidak pula kerana waktu itu penjaga kaunter yang mungkin sedikit cantek daripada selipar jepun bergambar ultraman aku itu, sedang asyik berborak dengan rakannya yang hangat begosip mengenai macik itu dan janda itu. Aku pon dah tak ingat cerita gosip dia daaa...padahal aku yang bagai nak mati ini ditenangkan berkali-kali olih bonda tercinta biarpon kata-katanya sedikit pon tidak dapat menyejukkan hati aku yang membara waktu itu. Aku rasa bagaikan menunggu ajal.

Mujurlah tidak malaikat maut yang menjempot aku, tetapi gadis berseragam putih yang menjempot aku. Huhuhu!

Waktu itu, hanya pakaian saja melambangkan betapa formal insan yang menjaga kaunter ini. Hakikatnya perangai mereka sungguh tidak formal. Aku lebih rela mat-mat rock kapak menjaga kaunter. Biarpon berambut panjang berseluar jeans ketat koyak di lutut tetapi sekurang-kurangnya mereka bolih bermain gitar disaat aku menunggu giliran. Terhibur juga hatiku yang mendidih ditahap 100 darejah Celsius ini.

Hari ini aku sekali lagi singgah di kaunter. Kaunter pertanyaan di Klinik Kesihatan. Suasana sibuk tetapi maseh terkawal. Terkejut aku kerana penunggu kaunter berbaju batik. Kahkahkah! Geli hatiku. Apa-apa sajalah kawan, janji pakaian formal itu selari dengan sikap dan gerak kerja formal kau. Cerialah!

p/s: Gua betul-betul tidak berjiwa formal. Bolih meleser bersama mat-mat rock kapak lah.

Isnin, Ogos 31, 2009

Diskusi Jalanan Keramaian

Malam ahad - malam minggu - malam merdeka.
Keramaian telah berkumpol tapi tanpa nama-nama besar.
Aku, Hadi, Yah, Toyi, Pok Leh, Faliq, Syam Jey n wife, Dayana dan Laila.
Kami berkumpol untuk berdiskusi. Semua perbincangan mengenai perkembangan masing-masing. Dan ada VIP jemputan iaitu Alia bagi memeriahkan majelis. Juga ada kunjungan mengejut dari Tuan Syahrul Songkok. Beliau betul-betul kool. Bersalaman dan bertegur sapa lalu beredar.

Nama-nama yang tidak hader:
Herol - Ada kelas.
Bob - Demam.
Misa n wife - Balik kampung.
Qas - Ada rahsia di sebalek kehaderan jejaka misteri.
Prit - Sesat di ibukota lalu muncol di jempol?
Raisa - Berada di Muar.
Din - Terkandas di TC.

Malam itu tiada majelis berbuka puasa. Tiada terawih bersama. Cuma diskusi dan tayangan Bolasepak Liga Inggeris.

Hasil diskusi berpendapat satu majelis berbuka puasa akan berlangsung di ibukota pada satu tarikh yang belom ditentukan. Akan diberitahu kelak.

Sekian, cerialah!

Ahad, Ogos 30, 2009

Kehebatan Individu

Aku terpaksa menghadiri kursus. Kursus di hari minggu sangat tidak kool. Hari minggu bagi aku adalah hari kebebasan minda dari cengkaman aura-aura kerja. Hari minggu seharusnya diluangkan di atas tilam bersama bantal empuk dan jika berbini...harus dihabiskan masa itu dengan bini. Atau lebih syok jika masa itu dihabiskan di atas tilam empuk dengan bini. Kahkahkah!

Kali ini aku sebilik dengan seorang yang tidak dikenali. Lelaki. Sudah tentu lelaki kalau perempuan pasti sudah lama kami kena cekup. Nak mampus? Rakan sebilik ini lelaki sejati. Tidak lembut dan tidak auw. Aku yakin kerana beliau sudah berbini. Di bilik itu kami berkenalan. Kerana kursus ini, aku telah berjaya berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup hebat ini. Aku katakan beliau hebat kerana beliau akhirnya berjaya kawin hanya setelah berumur 30 tahun. Maknanya misi hidup beliau bergelar lelaki telah hampir berjaya...dan terbukti berjaya jika beliau mendapat zuriat kelak.

Berkenalan dengan insan baru yang hebat membuatkan aku teringat seseorang. Seorang insan yang sangat aku kagum. Ingatan aku menerjah ke sepuloh tahun nan lalu. Ketika itu aku maseh di alam persekolahan. Biarpon aku telah mengetahui nama dan wajahnya sebelum ini, tapi setelah 3 tahun baru aku dapat berkenalan dengan beliau secara mendalam. Beliau ini juga insan yang sangat hebat. Sesiapa yang mula berkenalan dengan beliau pasti teruja dan kagum dengan kehebatan beliau.

Biarlah aku kenalkan beliau dengan nama SS (bukan nama tipu). Sewaktu pertama kali bersalaman dengan SS, beliau menggenggam tangan aku dengan kuat. Lalu timbullah urat-urat saraf dan ketul-ketul muscle beliau. Biarpon muka aku berkerut kerana tidak mengerti kenapa perlu bersalaman sebegitu rupa tapi aku kagum kerana beliau seorang yang tegap dan kuat.

Kemudian terus SS ini berkisah tentang bagaimana dia mendapat tubuh sebegitu rupa. Menurutnya beliau adalah salah seorang dari atlit projek sukan kebangsaan dan juga budak projek bolasepak negeri. Beliau juga adalah atlit olahraga. Malangnya, otot lutut beliau tidak lagi secergas dulu. Aku ternganga. Tapi tak lama kerana aku perlu sorok kekaguman itu. Aku khuatir nanti SS akan riak. Juga khuatir nanti serangga dan virus-virus tidak patot masok ke rongga halkum aku nanti.

Selang beberapa bulan kemudian dia berkisah tentang gadis yang tergila-gilakannya pula. Katanya dia juga berkenan cuma malu. Lalu dia berkisah mengenai bekas-bekas aweknya. Si gadis itu, Si awek itu, Si polan itu, Si anu itu, Si yamang itu dan segala-gala Si pernah dia kapel. Aku dah pening lalu mengabaikan saja cerita beliau. Ini kisah yang tidak kena jiwa aku biarpon mengusik gadis-gadis adalah hobi waktu lapang aku ketika itu. Oh, terkantoi sudah.

Tamat persekolahan, kami semua mendapat keputusan SPM. Beliau gagal mendapat keputusan cemerlang lalu ingin membuat rayuan menyemak semula keputusan tersebut dengan Kementerian. Selang beberapa minggu kemudian dia berkisah mengenai keputusannya kepada aku dan rakan-rakan. Beliau mendapat 5A. Itu satu kejutan budaya bagi aku. Kata SS, beliau akan melanjutkan pelajaran ke Jerman. Berkerut muka aku sebentar tapi kemudian aku senyum.

2 tahun setelah tamat persekolahan, aku mendapat berita bahawa dia telah melanjutkan pelajaran di salah satu IPTA di Malaysia. Kisah ini aku dapat dari kawan baik aku, Y (juga bukan nama bohong). Secara kebetulan beliau satu rumah dengan SS. Menurut Y, SS sering bercerita kehebatan beliau bermain bolasepak, ragbi dan olahraga kepada rakan-rakan rumah lain. Tetapi ada sesuatu lebih hebat. Beliau mempunyai ilmu batin secara semulajadi. Ini satu kisah yang tidak aku ketahui ketika sama sekolah dengan SS. Menurutnya ilmu itu adalah warisan nenek moyang SS ini.

Kemudian Y berkisah lagi, SS yang sering bersukan ini tahu ilmu mengurut. Lalu suatu hari, seorang rakan rumah mereka yang aktif dalam sukan di IPTA telah terseliuh dan tanpa dipinta SS urut. Menurut SS, semua gerak tangan dan urut-urut ini bukanlah datang dari dirinya tapi pendamping beliau. Dari satu tempat ke satu tempat semuanya adalah kerja pendamping beliau. Menurutnya lagi jika ada apa-apa masalah, harus dia yang urut. Seronoklah si rakan rumah ini kerana tiap-tiap hari dapat urutan percuma. Tidak kisahlah siapa yang urut. Asal lenguh sikit, disuruh SS ini picit bahu. Tekan-tekan betis dan tapak kaki. Dan tidak semena-mena satu rumah menyuruh SS ini mengurut. Aku kagum lagi.

Lalu lekatlah nama SS ini dengan gelaran Tok Batin. Gelaran ini tidak dikurniakan oleh raja-raja melayu. Gelaran ini tidak perlu diperolehi dari adat-istiadat pertabalan. Gelaran ini semulajadi datang dari mulut rakan-rakan. Wah, aku lagi-lagi kagum mendengar cerita Y ini!

Saat kemuncak kehebatan SS ini terserlah apabila rakan-rakan rumah beliau bercadang ingin mengusik Tok Batin ini. Waktu malam menjelma, malam jumaat. Mereka sudah siap membeli kemenyan dan dibakar. Asap-asap kemenyan ini di sebar-sebarkan di setiap pelusok rumah ketika Tok Batin ini tiada. Memang sesuai. Seorang rakan rumah mereka berlakon terkena sampok. Lakonan yang sangat meyakinkan.

SS yang baru pulang terus diterjah oleh rakan-rakan rumah yang lain. Mereka kata ada makhluk halus di rumah mereka dan telah merasuk si pelakon tadi. SS berkata yang beliau telah agak kerana dari tangga lagi beliau sudah terasa aura-aura makhluk ini. Firasat beliau ini telah dikuatkan lagi dengan bau-bau kemenyan.
Lalu dengan segera SS mengambil semangkuk air dan membaca jampi serapah yang tidak tahu butir maknanya. Pelakon yang berlakon tadi dipegang kaki dan tangan oleh rakan-rakan lain. ‘Dia datang dah! Dia datang dah!’ kata SS merujuk kepada makhluk halus apabila pelakon ini meronta-ronta. Lalu SS merenjis air jampinya ke muka pelakon ini supaya bertenang. Kemudian SS menjampi di setiap sudut untuk membuat satu segiempat. Katanya itu untuk memagar makhluk halus itu.

Rakan-rakan yang lain yang tidak tahan dengan telatah Tok Batin ini terbarai ketawa. Tanpa segan silu berdekah-dekah ketawa depan Tok Batin ini. Termasuklah si pelakon tadi sehingga menetes air mata. Air mata ini bukan air mata kesedihan kerana putos cinta, air mata ini kerana keceriaan dan kelucuan melampau. Tok Batin yang tersedar kekantoian beliau dengan segera meninggalkan rumah itu sambil menghempas pintu dengan kuat.

Menurut Y lagi, genap seminggu SS menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah lalu tersebarlah berita mengenai Tok Batin ini yang pergi bertapa. Aku yang mendengar cerita ini juga tidak tahan dengan kelucuannya lalu terbarai ketawa. Inilah kehebatan sebenar insan yang aku kenal semenjak sekolah menengah lagi. Beliau betul-betul kool.

Telatah rakan ini membuat aku terfikir sejenak. Sekurang-kurangnya beliau ada kehebatan yang diketahui ramai. Tapi aku maseh tercari-cari apakah kehebatan diri aku. Inilah kelemahan manusia. Kehebatan sendiri sukar dikenali tetapi kehebatan orang lain mudah saja dikesan. Kehebatan tidak semestinya yang positif saja.

KahKahKah!
Cerialah!

Ahad, Ogos 09, 2009

Majelis Berboka Puasa 2009

PERHATIAN! Satu majelis berboka puasa akan diadakan untuk ahli-ahli keramaian. Sesiapa yang pernah dan telah menjadi bekas-bekas pelajar Royal Ash Burn Academy atau lebih mesra dikenali sebagai Ahli Keramaian SABS dijempot hadir.

Aktiviti adalah makan-makan untok berboka puasa. Untok yang tidak berpuasa,anda juga bolih berlakon berboka puasa. Semoga anda tidak kantoi.

Selepas acara makan beramai-ramai, kita akan solat berjemaah dan seterusnya aktiviti bermesra-mesra manakala kepada ahli keramaian yang mendapat pelepasan khas dari Allah SWT dibenarkan membuat acara gaya bebas.

Untok makluman ahli-ahli keramaian, ini bukan acara formal. Anda dibenarkan membawa suami, isteri, madu-madu, pakwe dan makwe serta rakan-rakan yang cun bergetah. Jika rakan yang anda bawa sudah berpunya, sila beri notis terlebih awal bimbang akan berlaku pergaduhan tidak diingini. Perbelanjaan makan-makan adalah ditaja oleh poket anda sendiri dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Pakaian adalah sopan dan tidak ketat-ketat kerana khuatir akan terbeliak bijik mata para teruna lalu terbuka puasa sebelom waktunya. Sila ambil serius. Baju batek tidak dibenarkan. Tarikh maseh belom ditetapkan. Cadangan adalah pada 22 Ogos 2009 atau 29 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu. Tempat maseh dalam perbincangan ahli majelis tertinggi. Sila ikuti perkembangan ini dengan penoh minat. Jika ada masalah, sila SMS ‘ON MASALAH ke nombor talipon bimbit Encik Did Hanggokan atau Encik Herol.

Cerialah!

Isnin, Ogos 03, 2009

Satu Keluarga

Sabtu lalu aku menempuh satu fasa yang baru. Melakukan apa yang rasa betul. Keberanian perlu ada. Mungkin sedikit keliru tapi masih aku rasa tindakan itu betul.

Meleser bersama seorang rakan lama, berkongsi pengalaman benar. Meleser kali ini berbeza sama sekali dengan aktiviti peleseran biasa kami. Kami ingin mencari ruang untuk bertemu dan bermesra bersama demonstran. Menyelami maksud hati mereka. Kami menjadi wartawan bebas hanya untuk diri kami. Membuat liputan berita bagi sejarah hidup kami. Alami dan melihat sendiri. Detik yang hanya akan dirakam untuk warisan anak cucu kami.

Tengahari kami selamat sampai ke tempat yang dituju. Masih gagal mengesan siapa yang menyertai dan siapa yang hanya menempel untuk melihat perayaan ini. Orang tua, makcik-makcik, brader-brader juga turut ada. Orang-oranng seragam sudah pon bersiap sedia. Dalam trak sudah kelihatan ada orang ditahan.
Sebentar bersama mereka membuatkan aku sedar satu perkara. Keluarga. Demonstran ini tidak memaksa anak-anak dan isteri untuk turut serta berdemonstrasi. Berbilang bangsa, berbilang budaya. Semua demonstran ini saling bekerjasama sebagai satu keluarga. Tidak kira mereka dari keturunan sulu mahupon keturunan parameswara. Dari segenap pelusok negara turun keluar menuntut hak. Oleh itu aku faham benar mengapa ada segelintir masyarakat tidak berani menyertai perhimpunan ini. Hanya mampu menyokong dari jauh.

Keluarga selalu menjadi pertimbangan apabila memperjuangkan sesuatu. Bila bersuara, fikiran kepada keluarga. Bila pertempuran berlaku, ingatan melayang kepada keluarga. Begitu jugalah apabila tercetusnya perang, apakah semangat patriotik akan mengatasi kepentingan keluarga? Beruntunglah mereka yang mendapat sokongan keluarga. Keluarga memberi restu kepada mereka. Menjadikan semangat bertambah membara. Tapi nasib berbeza kepada demonstran yang tidak mendapat sokongan keluarga. Apa yang harus mereka lakukan?

Para demonstran ini mengetahui yang mereka tidak perlu gentar kerana mereka bergerak sebagai satu keluarga. Seorang jatuh tersembam, berpuluh-puluh tangan menghulur tangan. Membantu sama lain. Mereka semua ini tidak diupah, tidak bayar. Mereka membantu tanpa mengira bangsa atau agama. Sifat ini betul-betul membuatkan aku kagum.

Aku sibuk merakam gambar dan video apabila demonstran ini dikepung di Masjid Jamek. Keadaan Begitu tegang. Mereka disekat daripada keluar dari masjid. Apabila gas pemedih mata meletup, mereka merempuh keluar bersama. Berpaut tangan membentuk satu barisan meredah kepungan orang-orang seragam. Aku teruja kerana tidak sangka semangat mereka sebegitu tinggi. Nilai kesepakatan sangat terserlah.
Aku bertambah kagum apabila ketika kami dihambat pemedih mata dan semburan air, para demonstran dengan segera berlari memimpin anak-anak dan orang tua ke tempat selamat. Tidak kira yang terlibat dengan perhimpunan ini ataupon tidak. Menghulur air dan ubatan. Melindungi mereka daripada terus diasak. Ada seketika ketika aku dan rakan berehat di satu sudut selamat,kami disapa oleh demonstran. Sebelah kanan dari Terengganu manakala sebelah kira dari Penang.

Dengan ramah, mereka menghulurkan air dan aku menolak dengan sopan. Walaupon hanya sebentar bersama mereka, namun banyak cerita yang boleh kami kongsi bersama. Jelas terpancar wajah semangat memperjuangkan misi mereka. Kami beredar setelah keadaan reda. Rasanya inilah pengalaman yang sangat berharga yang hanya mampu diraih di Kuala Lumpur sahaja. Cerialah!

Ahad, Ogos 02, 2009

LANGSUNG dan EKSKLUSIF




Ini yang terjadi pada hari minggu di tengah-tengah kota. Cantek dan meriah. Semangat setiakawan jelas terpancar. Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain turut serta. Perayaan yang menyatukan satu Malaysia. ;)

Jumaat, Julai 31, 2009

Kejutan...kejutan...

Ada kejadian menarik berlaku di sekeliling kita.
Sila perhati.
Bukan H1N1 sahaja.
Nantikan berita terkini...

Rabu, Julai 29, 2009

Apakah?


Sila buat kesimpulan sendiri.
Cerialah!

Ahad, Julai 19, 2009

Sikap Suka Membaca

Hari ini hari minggu. Cuaca cerah. Sesuai untuk anak-anak muda berpacaran. Juga sesuai untuk anak-anak tua berpeleseran. Tolak tepi, bukan itu yang aku kesahkan.

Hari ini aku perlu ke KL Sentral. Tujuan, hal peribadi. LRT menjadi pilihan. Tidak tahu apa itu LRT? Sila atas-tarikh pengetahuan am anda dengan bertanyakan Mat Google bin Mat Yahoo. Di pagi hari, maseh ramai pejuang-pejuang kota membuta. Stesen LRT yang kebiasaannya berlonggokan dengan manusia pelbagai kaum kini hanya ada beberapa ketul susuk tubuh manusia. Semua yang menunggu di situ bertujuan sama dengan aku, menaiki LRT.

LRT sampai. Aku melangkah masuk. Sejuk. Tanpa belas kasihan menikam lemak-lemak aku. Betul-betul stim untuk menukarkan mod aku kepada mod tidur. Ah,tidak menjadi. Kerana tidak semena-mena mata aku terpandang ragam anak-anak muda di dalam gerabak yang sama. Mereka bercicit-cicit menekan punat-punat telefon bimbit. Aku terasa geli hati. Apakah ini sudah menjadi trend bermain es-em-es di dalam LRT? Jika kool, aku juga ingin ikut serta. Awek-awek cun bergetah,sila beri nombor henset anda supaya kita bolih bersama-sama menekan punat-punat henset di dalam LRT. Balak-balak jangan gatal-gatal beri nombor anda, aku tidak berminat.

Perbuatan mereka ini mengingatkan aku kepada satu iklan di TV. Iklan yang cuba menunjukkan keadaan di mana di dalam LRT, dahulu rakyat hanya tidur dan sekarang kebanyakkan rakyat sedang membaca majalah, buku dan akhbar. Iklan ini cuba memupuk sikap suka membaca. Kahkahkah! Tapi iklan ini tidak kool. Langsung tidak memahami jiwa anak-anak muda. Anak-anak muda lebih gemar membaca es-em-es daripada membaca kepingan-kepingan kertas. Mungkin kerana sifat henset itu bercahaya dan kertas-kertas ini tidak. Mereka ini ibarat serangga-serangga kota yang lebih tertarik kepada cahaya. Kahkahkah!

Aku bukan memperlekehkan orang yang gemar membaca cara klasik tapi mengapa tidak kita tambahkan saja semangat membaca ini mengikut kemajuan teknologi masakini. Kita lengkapkan saja LRT ini dengan jaluran-jaluran internet percuma supaya dapat menarik minat anak-anak muda membaca. Buka laptop, terus terkonet. Mungkin ada yang tidak ingin turun terus dari LRT nanti buat selamanya. KahKahKah!

Cerialah!

Khamis, Julai 09, 2009

Aku bukan budak jahat

Kebelakangan ini kami terbabit kemalangan kecil.
Buah hati tersayang mengalami sedikit parut dan benjol.
Maafkan aku.
Ini sudah takdir.
Ini kehendak ilahi.

Jangan gusar, jangan gundah gulana.
Aku juga terasa hiba.
Rupamu itu akan aku mekap.
Biar poket dah berkeladak.
Akan aku pastikan kau kembali seperti sedia kala.
Berlari-lari merempuh dingin kota.

Ini semua gara-gara galah putih yang menghalang.
Ini semua gara-gara sekatan yang sepatutnya hak milik bersama.
Ini semua gara-gara sikap tamak manusia.
Duit sentiasa kemaruk, Servis sentiasa buruk

Kelak kita akan kembali menari bersama.
Kelak kita akan kembali bergembira.
Kelak kita akan berronggeng di segenap kota.
Dari KLCC sehingga Chow Kit Road sana.
Tiada siapa akan menganggu kita.

KahKahKah!


Aku bukan budak jahat.
Aku cuma sayang dia.

Isnin, Jun 29, 2009

Sari Berita Penting - Run Hellas Bertunang!!! Apa, Run Hellas Bertunang?

Kepada Saudara-saudari Yang Baek,

Saorang lagi ahli keramaian akan melangsongkan majelis pertunangan. Majelis mengikat chenta antara dua hati (bukan dua derejat) antara Run Hellas dan kekaseh hatinya Deon akan diadakan di Kuantan.

Pada : 18 Julai 2009
Tempat : Indera Mahkota Bukan Jalan Kelang Lama

Tujuan majelis pertunangan ini diadakan adalah untok memberitahu kepada warga bahawa Run Hellas ini tidak perlu lagi di 'usha line' - dia dah tak 'relevan'. Korek!! korek!! Korek!!

Perchentaan mereka selama empat tahun ini diharap berakhir ke jenjang pelamin pada tahun hadapan.

Warga keramaian diseru mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
Warga keramaian dilarang menyanyikan lagu :
Tenda Biru - Desi Ratnasari & Pelamin Anganku Musnah - Azie

Ini lagu untok chenta yang gagal. Ini lagu untok chenta yang penoh deraian ayer mata. Sesiapa yang menyanyikan lagu ini akan dicampakkan ke Sungai Ular atau Tanjung Lumpur. Jangan jadi bodoh!!

Tak payah sebok-sebok nak datang
Tak payah nak sebok-sebok riki rumah kekasihnya Run Hellas ini
Ini bukan majelis kawen nak ajak makan
Ini majelis bertunang sahaja

Lepas majelis tunang baru kita kumpol ramai-ramai anak-anak muda. Untong naseb Doktor Hadi bolih nyanyi 'live'.

acara meleser akan diadakan selepas majelis pertunangan ini berakhir di Kopitiam atau Kopi Street (kenapa guna nama orang putih?) . Makan minum sila bayar sendiri.

Kalau ada awek cun sila jangan simpan. Bawak datang kenalkan dengan abang-abang bergetah keramaian. Kalau dah ada balak jangan nak buat-buat sibuk bawak balak. Ini dah 'potong line'. Simpan balak untok beberapa jam.

Kepada Toyi yang berada di laut. Sila kembali ke pantai. Kurang-kurang pantai dalam bolih ambil Raisa. Culik dia bawak balek Kuantan.

KahKahKah
Buatlah Apa Sahaja Asalkan Yang Baek

Isnin, Jun 22, 2009

Menjawab Persoalan di Benak Encik Did Dan Rakan-Rakan Keramaian

Aku berasa sedih, hiba,pilu tetapi berasa gembira di kala tuan empunya blog ini sudah menjadi manusia yang lebih berguna kepada masyarakat apabila Encik Did selamat melaporkan diri di ibu kota sebagai kakitangan 'Satu Lagi Projek Barisan Nasional' dan berada di sebuah kementerian yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat di negara ini. kahkahkah...gelak ini kerana gelak kegembiraan,bukannya gelak penghinaan seperti sesetengah orang yang rasakan...kahkahkah..gelak lagi...

Aku berasa terpanggil untuk mengupdatekan blog ini sebagai tatapan rakan-rakan keramaian yang jauh dimata tetapi dekat dihati. Tetapi masa membataskan segala-galanya sehingga blog ku sendiri sudah lama tak terupdate. Aku mohon maaf kepada Encik Did kerana tidak menjalankan tanggungjawabku...Aku akan pastikan ia sentiasa terupdate kelak...maafkan aku sekali lagi (nanti aku belanja karok bersama 'mambang' yang tetiba bermurah rezeki..heheh)

Dimulakan dengan hari perkahwinan key-in data.Maafkan aku...Syakirin lebih baik.huhuhu...aku sudah mula tiba diperkarangan Kompleks Perdagangan Indera Mahkota (tak silap akulah namanya) kira-kira jam 12.30pm dan sebelum itu perjanjian berdarah konvoi telah dilakukan hanya dengan Yah sahaja! (kemanakah yang lain?-maafkan aku Encik Did krn gagal memanggil semuanya) Kami tanpa membuang masa melantak santapan yang ada bertiga (amz dan gee,yah) di hadapan pelamin yang indah tetapi masih kosong tidak berpenghuni. Kami memakan dengan penuh tertib dan mengunyah mengikut sunah Nabi kerana ingin menunngu kemunculan Raja Sehari ini. Sedang menanti,mata kami terpandang kelibat sahabat lama,Syamsul Fuad yang segak berkemeja bersama orang rumahnya.Salam dihulurkan dan kami bergegas keluar kerana kami seolah-olah menghalang orang lain hendak menjamu selera. Di luar,menikmati cendol free bersama aiskrim free menjadi intipati sesi menunggu pengantin. Mana mereka? Yah mula kegelisahan kerana plan keduanya hampir menjengah. Akhirnya mereka memunculkan diri dan dengan selambanya Yah mencelah..."Aku nak amik gambor korang...haha" begitulah celahannya...SNap! gambar di ambil seperti dibawah dan kami beransur dengan Yah ke majlis yang lain dan aku meneruskan famili planning...heheh...

Pengantin mengejar masa yang agak terdelay


Kesah kedua pula berlaku pada hari yang sama dan aku turut dijemput ke majlis selebriti ini pada jam 4:30pm tetapi aku sekali lagi melahirkan kekesalan tidak terhingga kerana tidak dapat menghadiri ke majlis ini kerana aku ketika itu masih di Cherating. Aku memohon maaf sekali lagi kepada Cik Huda.Maafkan aku...Cerita pada majlis ini aku memang tidak dapat mengulas lanjut kerana aku tidak berada disitu. Tetapi apa yang penting detik 13jun itu menjadi hari yang akan diingati oleh cik Huda sebelum ke jinjang pelamin. tahniah dari kami sekali lagi...Untuk ulasan lanjut,cik qas,nonoi dan rakan-rakan yang menghadiri boleh dihubungi.heheh...mungkin juga reporter ade menyerbu tetapi,aku tidak tahu...heheh...

Di copy dr FB Huda...

Kesah ketiga itu,aku memang tidak dapat mengulas lanjut. Mungkin aku yang tidak dapat atau tidak sempat menemui meraka atau mereka masing-masing mempunyai komitmen yang lebih penting. Aku berharap mereka semakin baik dan berbahagia hendaknya...hahahaha...aku tutupkan nukilan hari ini dengan pic dimana ia diambil ketika menghadiri majlis menyambut menantu abang ariek hardy dirumahnya. Nyanyian khas kepada abangnya diiringan Mr. Bani (alah bro yang selalu kita jamming tuh). Turut terselit disitu Encik Faliq yang menjadi cameraman sepenuh masa.hahahaha...


SEKIAN,SALAM KERAMAIAN
BUAT APA SAHAJA ASALKAN BAEK

Ahad, Jun 21, 2009

Biawak dan Pengedar Tisu

Di satu malam yang sejuk dan tenang.
Peleseran terjadi antara aku,saorang gadis dan 2 orang mamat kacak.
Pot tidak elitis. Pot yang sesuai untuk anak-anak muda seperti kami.
Ataskota - Uptown dalam bahasa penjajahnya.
Suara-suara sengau kerap kedengaran di situ.
Ia terhasil akibat bakat terpendam dipaksa cungkil olih empunya diri.
Ia sepatutnya diteruskan pendam dan tenggelam. Betul2 tiada kesedaran diri beliau itu.

Sedang kami rancak berbicara dan bukan biarlah bulan bicara (dendangan Broery), meja kami disinggahi saorang warga OKU yang turut dipimpin olih orang sehat cergas. Mereka membawa tisu. Kerana kasihan dan tidak mahu perbicaraan terganggu, aku membeli tisu mereka dengan harga RM1. Lalu mereka pon beredar. Sedang kami berbicara, tiba-tiba meja kami disinggahi lagi. Saorang lagi warga OKU yang dipimpin oleh orang sehat cergas yang membawa tisu. Kerana rasa kurang selesa, aku menunjukkan tisu yang telah dibeli sambil senyum kelat. Mereka berlalu pergi. Kamudian baru aku perasan, makhluk jenis ini telah ramai membiak dan berlegar-legar di kawasan peleseran kami itu. Ah, betul-betul potong stim.

-----

Petang itu aku terasa lapar. Singgah sebentar di Taman Gelora. Taman ini ada tasik. Tasik ini ada teratai. Teratai ini bukanlah teratai layu di tasik madu.

Kali ini aku bertiga. Aku dan 2 orang perawan chantek bergetah. Menu petang itu adalah Rojak ayam. Betul2 menyelerakan. Ngup Ngap...Ngup Ngap...Burppp! Sound Efek doulby surrounded. Perut kenyang. Kami pon berbual, bergelak ketawa.

Tiba-tiba muncul biawak dari tasik. Datang menyapa ke meja kami. Sambil terjelir-jelir lidah bercabangnya. Betul-betul tidak kacaklah biawak ini. Kami terasa amat terganggu. Risau biawak ini akan menyerang kami. Biawak yang lapar akan menyerang - teringat National Geographic tentang biawak komodo di Indonesia. Betul-betul rakus. Biawak ini berlegar-legar dari meja ke meja. Pelanggan lain turut rasa kurang enak. Kami pon mengambil keputusan untuk beredar.

-----

Kesimpulannya, korang simpulkanlah sendiri. Kahkahkah!

Cerialah!

Sabtu, Jun 20, 2009

Wahai Penyampai-Penyampai Warta Keramaian!

Saudara-saudara yang baek sekalian,
Adoyai...kenapa kamu semua tidak meng'atas-tarikh'kan (update) berita-berita perihal kawan-kawan keramaian? Sila pos blog anda ke sini. Tolong.

Perkara pertama yang ingin diketahui:
Apakah telah terjadi kepada Majlis resepsi Shakirin sabtu nan lalu? Apakah Majlis gilang gemilangnya setanding dengan majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K?

Perkara kedua yang misteri:
Bagaimana Huda menguruskan wartawan-wartawan yang menyerbu masuk sebaik mengetahui beliau bertunang? Apa akan terjadi kepada pelaminnya? Pelamin anganku musnah?

Perkara ketiga yang tak pasti:
Di manakah rakan-rakan keramaian? Seakan menyepi setelah rakan bernama Did mencelah ke KL. Apakah Bob sudah kurus? Prit sudah jumpa pacar yang baru? Dewi pagi mencelah ke pulau?

Nantikannya dalam episod akan datang.
oit...kawan-kawan...sila pos gambar untuk kejadian-kejadian di atas.
KahKahKah!

Cerialah!

Sabtu, Mei 30, 2009

Tembok Majis




Aku telah hidop hampir selama 26 tahun. Rumah penginapan aku di Kuantan pula telah aku jajahi selama 11 tahun. Rumah ini rumah teres. Rumah ini tidak besar. Rumah ini cuma ada 3 bilik. Cukup selesa bagi aku. Selama 10 tahun ini aku telah hidup dengan aman. Sungguh syok!

Namun sementelah aku pulang dari perantauan, terdapat mat-mat indon mula menjajah. Tutur kata bak Radja, atau persis Peter Pan. Namun mereka tidak pula pernah membuat konsert di sekitar rumahku. Badan berketul-ketul tidak seperti aku. Aku juga ada ketul tapi satu. KahKahKah!

Aku menghormati kepada mat-mat indon ini kerana mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki. Satu pengorbanan besar. Biarpun mereka pernah mencuri buah jambu madu rumah aku. Cis! Tidak mengapa. Aku halalkan. Sebab aku pon tak termakan buah itu. Oh Indon, kamu bernasib baik!

Kemasukan mat-mat indon secara borong dan pukal ini terjadi kerana terdapat satu projek perumahan di sekitar rumah aku. Ini bukan 'Satu Lagi Projek Baresan Nasiyonal'. Ini juga bukan projek entot-entot lari. Ini projek bagi orang-orang yang ingin membeli rumah atau ingin menjadi penduduk Kuantan. Aku tak amik pot. Biarkan mereka. Tolak tepi. Bukan itu fokus utama aku kali ini.

Sepurnama kemudian, aku terlihat satu pembinaan majis. Sungguh misteri. Apa keperluan pembinaan ini? Aku menjadi bingung. Ini bukan tembok Berlin yang gah di Jerman. Ini juga bukan Tembok Besar China yang berabad lama usianya. Ini tembok sungguh tidak kool dan groovy. Tidak kena dengan jiwa muda aku.

Melihat ketidakseimbangan ekologi di kawasan perumahan aku ini, aku mula bertemu-bual dan beramah-mesra dengan kejiranan aku. Apakah punca terbinanya tembok ini. Mengikut cakap-cakap orang, kejiranan telah mengadu bahawa terdapat binatang-binatang liar keluar dari tempat pembinaan itu memasuki rumah mereka. Di samping itu, kejiranan juga mengadu damba bahawa tahap kebisingan dan pendebu tuju-tuju, menyesakkanku, walau malammu berkelip neon yang indah...oh, maaf. Itu lagu sampingan. Klip musik dari def-gab-c, Ibu Kota Cinta. Dapatkan yang original.

Dengan itu, pihak kontrektor dan pihak bertanggungjawab telah membina tembok ini. Namun aku tidak berpuas hati. Untuk keperluan tembok ini, anda tidak perlu belajar jurusan kejuruteraan awam. Anda tidak perlu belajar di UiTM di hatiku. Anda tidak perlu belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris pon. Budak-budak tadika juga tahu ini tindakan yang ngok. Sungguh leceh!

Tumbangnya satu blok tembok ini menambahkan ketidakpuasan hati aku. Bagi aku, tembok itu perlu. Tapi biarlah sopan dan berguna. Sila rujuk gambar. Apa pendapat anda? Tidakkah ia selekeh dan tidak berkeperimanusiaan? Ini betul-betul leceh.

Cerialah!

Jumaat, Mei 29, 2009

Oh Keramaian

Hari ini hari jumaat.
Hari penuh syafaat.
Hari aku akan berhijrah.
Meninggalkan segala sejarah.
Woit, pencuri sliper jepun...pulangkan sliper burok aku tu.
Aku nak gi smayang jumaat nih!

*kedish!*

Rakan-rakan yang baek.
Aku telah mendapat panggilan hangit dari majikan baru ku.
Aku bukan ke sana untuk membuat longkang kampung kerinci.
Atau merempit di lebuhraya Duke yang baru.
Aku ke sana untuk mencari rezeki.
Aku akan lapor diri di Ibu Pejabat Wilayah Persekutuan.
Aku akan jadi warga KL kelak nanti.
KahKahKah...

Geng Keramaian.
Sila hubungi aku untuk meleser di KL.
Sila jgn pilih KLCC atau KL tower.
Saya suka lepak Yaw Chuan atau Kg baru saja.
Lepak di NZ Garden pon bolih juga.
Kahkahkah...

Iklan Tampal

Powered By Blogger