Jumlah Paparan Halaman

Isnin, September 08, 2008

Cabaran Bulan Puasa

Saat ini aku baru selesai explore mende jadah ini, walaupon aku sendri tak paham...tapi aku rase sudah cukup puas! puas doh decorate..sudah hampir seminggu aku cuba untuk decorate blog ini supaya dapat menjadi menarik malah aku isi bermacam2 benda dlm ni supaya dapat memenuhi tuntutan nafsu para pembaca...aku hentam2 aje la. rase2 ok tak? sile beri komen. huhuhu!

Kita abaikan dulu mengenai blog page aku yang kurang kreatif di mata kamu,tidak di hati aku. apa yang ingin aku ke tengahkan dan ketepikan tapi tidak ke belakangkan pada kali ini adalah mengenai bulan puasa yang sedang kita hadapi. sebenarnye baru-baru ini, malah hampir setiap hari aku pergi bazar ramadan...atau ada dikalangan kita panggil pasar ramadan...atau pesta makanan...atau ape-ape la yang sama maksud dengannya. apa itu pasar ramadan?? pasar ramadan adalah tempat dimana sekelompok orang yang dalam bilangan yang ramai menjual makanan kepada orang awam tidak kira lelaki atau wanita, tua dan muda, islam atau tidak untuk menjadi juadah berbuka puasa.

Namun bukan itu persoalannya...macam jawab soalan kertas bahasa melayu SPM pulak. Apa yang aku nak ceritakan kepada anda adalah mengenai juadah berbuka yang di jual di pasar ramadan terbabit. tahukah anda ada di kalangan peniaga mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini? aku dah terkena hampir setiap tahun. juadah yang dijual diperangat...dihangat...tapi bukan pengat, berkali-kali walaupon sebenarnya juadah itu telah pon basi. bayangkan...masa itu aku masih muda (sekarang muda juga) dan bujang, duduk pulak di perantauan, jauh dari ayahanda dan bonda tersayang. badanku amat penat hari itu kerana kuliah sepanjang hari bagi menggantikan kelas yang akan dicutikan selepas hari raya. sampaikan nak angkat kelopak mata pon dah tak larat ni! walaupon aku tak paham haram jadah apa encik pensyarah itu membebel di depan, aku tetap tekun berlakon seperti aku sangat paham malah tidak salah kalau aku katakan aku sepatutnya boleh menang anugerah pelakon harapan lelaki terbaik dalam anugerah bintang popular berita harian. malah rakan-rakanku semua sudah tertewas dengan penangan kemerepekan pensyarah tersebut menceritakan sesuatu yang sangat lucu bagi diri beliau tapi tidak bagi kami. oleh kerana aku mahu ambil hati dan ambil markah lebih, aku ketawa berdekah-dekah sorang-sorang mendengar ceritanya depan-depan. Pelakon Harapan Terbaik lah katakan! eh, rasa cam menyimpang jauh pulak dari motif dan visi aku dengan tajuk.

Ok, sambung balik...balik dari kuliah tu, aku nak beli la lauk buat berbuka. kepala dah pening nih hampir setiap hari pusing-pusing, lauk tu jugak aku beli. masa berbuka dah dekat dah ni. lauk pulak banyak dah habis. pastu aku tengok ada la gerai seorang perempuan gemuk yang langsung tiada orang saat itu,namun masih banyak lauknya. aku pon tapau la nasi dengan beliau. Menu aku hari itu sangat istimewa, gulai daging...semua skali RM4, gulai kawah katanya. pedulikan...yang penting aku ada lauk nak makan. satu lauk je aku amik,save skit...bujang la katakan! siap tapau terus aku balik. waktu berbuka tu, aku makan la ramai-ramai dengan rakan rumah yang lain. Gila dah lagu heavy metal perut aku ni! aku pon batalkan puasa hanya dengan air sirap suam lepas tu aku pon ngap la! suapan pertama... aku pelik, kenapa rasa macam gigit selipar jepun. suapan kedua, kenapa rasa masam pulak ni. suapan ketiga,SAH! lauk basi...haram jadah! tidak semena-mena saat itu aku hilang pahala puasa kerana maki-maki si penjual tidak beretika terbabit. damn!


Murtabak
(gambar sekadar hiasan)


Ada satu lagi perihal yang telah mengeletek hati aku tapi tidak ketiakku yang berlaku di pasar ramadan. Baru-baru ini aku telah singgah ke satu bazar ramadan (lokasi sebenar dirahsiakan). hujan rintik-rintik saat itu. aku sudah pon target untuk membeli murtabak pada hari terbabit. sangat meriah ketika aku sampai sehinggakan aku rasa seperti satu kuantan datang beramai-ramai berkumpul di situ. macam biasa, aku suka survey dulu juadah untuk berbuka ni. berjalanlah aku dalam kemeriahan orang ramai itu. dalam keasyikkan aku mencari gerai terpilih untuk aku membeli murtabak, pandanganku teralih kepada seorang gadis yang sangat cantik, montok dan gebu. Wow! dengan baju baby-t dan seluar tight, tidak semena-mena aku hilang pahala puasa pada hari itu. bukan sekali aku pandang malah berkali-kali...hahaha! namun demikian, aku juga sangat pasti bukan aku seorang sahaja yang hilang pahala puasa pada hari itu! sebenarnya perkara tersebut sangat memeningkan kepala aku kerana bukan gadis itu seorang sahaja yang berpakaian sebegitu rupa tapi hampir 50% gadis yang datang ke pasar ramadan itu berpakaian sangat mejolok, mencucuk mata serta iman.

kemudian perkara yang lucunya...seorang gadis cina yang aku sangat pasti bukan islam, berpakaian sangat sopan. langsung tidak menampakkan bonjol-bonjol sana-sini atau mendedahkan kulit yang tidak patut diperlihat kepada kaum adam. dari perbualan gadis terbabit dengan peniaga di situ, dapat aku simpulkan bahawa beliau ini tahu untuk menghormati bulan ramadan tetapi apa sudah jadi dengan para gadis muda islam di negara kita ini? salah siapakah? patutkah kita risau? memang la patut kita risau! rugi la aku puasa sebulan camtu weh!! malah yang sangat lucu lagi terbahak-bahak aku nak ketawa apabila seorang gadis yang sangat tidak cun dan tidak menarik potongan badannya berpakaian seksi. sangat jelek dan memuntahkan semua hadirin dan hadirat sekalian..rasa nak bagi je tapak kaki kat muka dia. god curse you! hahaha....

3 ulasan:

Amz CamPro berkata...

aku amat berbesar hati dan berbangga denga kamoo kerana telah mendecorate page mu dengan berjaya sekali.SYABAS! i give u 5 star! mcm gangstarz..haha..aku amat bersetuju tang menjolok mata dari mkn santapan basi itu...menjolok mata,iya betul! sungguh menguji iman didada kerana dada2 mereke dibiarkan bergetar dan menampakkan isinya.Astaga! kureng lg pahala aku...ishk! bile nak pi lg bazar? heheh

Farid Abu Talib berkata...

adakah gades yang gebu itu lebih menggiurkan dari mimi one nation emcee? kahkahkah.woit sebab itu aku masak makanan sendiri.lainla amz campro sudah ada chenta hati dirumah.ini tidak adil.did mari kita akad nikah.kahkahkah.nanti sakit perut kamu juga hilang.

Farid Abu Talib berkata...

family aku panggil PARAM singkatan dari PAsar RAMadhan.ex girlfren aku pulak namanya nia ramadhani.kahkahkah

Iklan Tampal

Powered By Blogger